Ahmad Jazlan letak jawatan Pengerusi MPOB

0

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan sudah menghantar surat peletakan jawatannya berkuat kuasa mulai Rabu ini.

“Surat peletakan jawatan saya sudah diserahkan kepada Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di pejabat beliau hari ini.

“Penghargaan setinggi terima kasih saya ucapkan kepada menteri di atas kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya berkhidmat sebagai Pengerusi MPOB,” katanya.

Beliau juga menghargai segala kerjasama yang diberikan oleh Ahli Lembaga, pengurusan dan seluruh warga MPOB di sepanjang perkhidmatannya bersama agensi berkenaan.

Ahmad Jazlan dilantik sebagai Pengerusi MPOB pada April lalu bagi menggantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang berkhidmat sehingga 31 Mac 2020.

Difahamkan peletakan jawatan itu berkait dengan polemik politik yang berlaku ketika ini khususnya membabitkan hubungan kerjasama antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Jazlan antara Ahli Parlimen UMNO yang dilantik sebagai pengerusi kepada syarikat badan berkanun itu selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk Mac lalu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM415,617.27
Ethereum (ETH) RM7,975.19
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,671.11
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.02
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM3.12
Solana (SOL) RM651.20
Dogecoin (DOGE) RM0.787184
Polkadot (DOT) RM18.82
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM7,970.81
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM96.87