Ahli Parlimen ada peluang bahas RUU kewarganegaraan sidang akan datang, kata Saifuddin

0

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkait kewarganegaraan petang tadi, namun sidang Dewan Rakyat ditangguhkan tanpa bahas. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata semua Ahli Parlimen berpeluang membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 mengenai kewarganegaraan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Katanya, sesi Dewan Rakyat kali ini perlu ditangguhkan mengikut jadual hari ini dengan bacaan pertama dan kedua selesai.

Beliau berkata, sidang akan datang yang dijangka pada Jun membolehkan semua Ahli Parlimen turut serta dan berbincang cadangan perubahan secara mendalam.

“Cuti esok. Dalam susunan RUU, (perbahasan) RUU pindaan kewarganegaraan berlangsung selepas RUU Keselamatan Siber. Perbahasan kewarganegaraan mesti diberikan masa untuk Ahli Parlimen mengambil bahagian,” katanya kepada FMT.

Petang tadi Saifuddin membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 mengenai kewarganegaraan, namun sidang Dewan Rakyat ditangguhkan Speaker Johari Abdul, tanpa perbahasan dan undian.

Pindaan itu menyasarkan mengetatkan kriteria kewarganegaraan mengambil kira aspek keselamatan dan kemanusiaan.

Cadangan perubahan merangkumi tujuh pindaan, tiga peruntukan baharu dan tiga pemansuhan menangani keselamatan dan kedaulatan negara.

Sidang Dewan Rakyat seterusnya dijadual bermula 24 Jun hingga 18 Julai.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM407,708.18
Ethereum (ETH) RM7,727.45
Tether (USDT) RM4.39
BNB (BNB) RM2,625.16
USDC (USDC) RM4.39
XRP (XRP) RM9.57
BUSD (BUSD) RM4.38
Cardano (ADA) RM3.07
Solana (SOL) RM657.29
Dogecoin (DOGE) RM0.771212
Polkadot (DOT) RM17.78
Polygon (MATIC) RM1.13
Lido Staked Ether (STETH) RM7,713.97
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM97.13