Ekonomi lemah sebab ahli politik ‘hilang punca, tak fokus’

0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, berkata ‘kekotoran’ ekonomi negara tidak boleh diselesaikan menggunakan ‘kaedah lama’.

PETALING JAYA: Rafizi Ramli menyeru ahli politik yang berada dalam pentadbiran sebelum ini meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas ketidakcekapan menguruskan masalah struktur ekonomi lebih awal.

Menteri ekonomi itu dalam “Debat Ekonomi” dengan Ahli Parlimen Bachok Shahir Sulaiman disiarkan Astro Awani, berkata kelemahan ekonomi negara berpunca daripada tindakan ahli politik dan pemimpin sendiri.

“Lebih parah lagi apabila tatakelola yang lemah dan akhlak beramanah di kalangan pemimpin pentadbir dalam ekonomi kita yang semakin terhakis sebelum ini.

“Rakyat pula terpaksa hidup dengan pentadbiran demi pentadbiran yang sudah hilang punca dan tidak fokus untuk menyelesaikan punca-punca masalah ekonomi,” katanya dalam debat disiarkan secara langsung.

Katanya, selepas 20 tahun kelemahan pentadbiran menjadi sebati dengan ekonomi negara, sekali gus “kekotoran” tidak boleh lagi ditangani menggunakan “kaedah lama”.

Beliau yang juga timbalan presiden PKR, berkata masalah struktur ekonomi negara utama berkait kebergantungan berterusan kepada minyak dan perladangan sehingga ketinggalan dengan negara pesaing.

“Industri-industri telah menjana hasil yang lumayan sebelum ini menyebabkan kita lalai…akibatnya sebagai sebuah negara kita tidak menaikkan gaji dalam sektor penting seperti perkilangan dan perkhidmatan dengan kegiatan ekonomi sedia ada kerana upah yang benda akan tetap memberi pulangan hasil yang lumayan,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,540.21
Ethereum (ETH) RM7,875.33
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,631.25
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.71
BUSD (BUSD) RM4.35
Cardano (ADA) RM3.06
Solana (SOL) RM653.88
Dogecoin (DOGE) RM0.797763
Polkadot (DOT) RM18.02
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,858.84
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM96.58