Gappo Trattoria tawar 30 menu Itali

0

Kota Bharu: Berbekalkan pengalaman bekerja di hotel lima bintang bersama cef dari Itali terhasil restoran berasaskan menu Itali di bumi Kota Bharu.

Memberi nama restoran mereka, Gappo Trattoria yang menggabungkan dialek Kelantan Gapo (apa benda) dan bahasa Itali, Trattoria yang bermaksud restoran, ia menawarkan lebih 30 menu hidangan Itali yang terkenal dengan masakan pasta dan sos.

Cef di restoran berkenaan, Tuan Mohd Affendi Tuan Lah berkata, pengalaman memasak makanan Itali sejak 1995 di hotel bertaraf lima bintang bersama empat cef berasal dari negara itu menjadi asas untuknya memulakan perniagaan bersama adik ipar, Marzukey Mohd Yusoff yang juga pemilik restoran.

“Hasil pengalaman di situ, saya dapat membina kemahiran pembuatan doh pasta sendiri dengan lebih lima jenis sos buatan sendiri terdiri daripada sos tomato, pomodoro, arrabiata, beshamel dan sos keju.

“Bagi menu masakan pula, kami tawarkan hidangan enak dan berkhasiat seperti homamade lasagna, vongole, bolognese, carbonara, aglio olio prawn, aglio olio seafood, arrabiata seafood, arrabiata lobster dan masakan barat.

“Kami juga sediakan minuman istimewa iaitu fizzito berasaskan buah-buahan seperti strawberi, kiwi, mangga, blue lemon dan anggur,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan pihaknya memilih penghantaran pesanan setiap hari dengan menerima lebih 50 tempahan pelanggan sejak dibuka awal bulan ini.

Menurutnya, faktor kombinasi makanan sihat seperti penggunaan minyak zaitun, sayuran, cara masakan panggang dan doh buatan sendiri menggunakan tepung khas pasta menjadi kekuatan rakyat Kelantan menerima masakan Itali di negeri ini.

“Tekak orang Kelantan boleh terima masakan Itali kerana biasanya menu itu dijadikan pilihan hidangan ringan namun mengenyangkan dan lazat di kafe hipster, cuma kita berikan rasa sebenar disesuaikan dengan cita rasa Asia,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,342.78
Ethereum (ETH) RM7,972.23
Tether (USDT) RM4.36
BNB (BNB) RM2,634.07
USDC (USDC) RM4.36
XRP (XRP) RM10.03
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.11
Solana (SOL) RM652.22
Dogecoin (DOGE) RM0.782428
Polkadot (DOT) RM18.54
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,964.81
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.36
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM96.47