Sabah tarik diri hos bersama Sukan SEA, kata menteri

0

Anggaran kos penganjuran Sukan SEA 2027 adalah RM700 juta berbanding RM608,741,085 pada temasya 2017. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sabah memutuskan menarik diri daripada menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027, kata Hannah Yeoh.

Menteri belia dan sukan berkata, keputusan dibuat kerana kekurangan kemudahan yang bersesuaian untuk menganjurkan temasya berprestij itu.

“Kerajaan Sabah yang pada awalnya bersetuju dengan peruntukan sebanyak RM100,528,975 bagi pengelolaan secara bersama Sukan SEA 2027 telah memutuskan untuk menarik diri,” katanya menerusi jawapan bertulis Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Chow Kon Yeow (PH-Batu Kawan), mengenai perancangan serta persediaan penganjuran Sukan SEA 2027 dan peruntukan disediakan bagi penganjuran berkaitan mengikut pecahan negeri.

Sebelum ini, Hannah mengumumkan Malaysia menerima tawaran menganjurkan Sukan SEA 2027 dengan Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang bersetuju menjadi hos bersama Kuala Lumpur.

September lalu, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Ellron Angin, dilaporkan berkata kerajaan negeri membuat keputusan menimbang semula cadangan menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.

Katanya, mesyuarat dipengerusikan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor memutuskan perkara itu selepas meneliti dan menilai pelbagai aspek.

Sementara itu, Hannah berkata penganjuran Sukan SEA 2027 akan ditanggung secara bersama oleh kerajaan persekutuan, negeri dan badan korporat.

Katanya, anggaran kos penganjuran Sukan SEA 2027 adalah RM700 juta berbanding RM608,741,085 pada temasya 2017 di Kuala Lumpur.

“Komitmen daripada kerajaan negeri adalah sebanyak RM365 juta dengan masing-masing RM350 juta daripada kerajaan Sarawak dan RM15 juta daripada kerajaan Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, kementerian juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak swasta dan korporat untuk mendapatkan penajaan dalam bentuk wang tunai dan barangan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM417,112.32
Ethereum (ETH) RM7,889.16
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,650.46
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.66
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM3.18
Solana (SOL) RM668.41
Dogecoin (DOGE) RM0.806535
Polkadot (DOT) RM18.89
Polygon (MATIC) RM1.08
Lido Staked Ether (STETH) RM7,883.17
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM99.31