14,457 penjawat awam Terengganu bakal naik gaji

0

Penjawat awam di Terengganu dijangka turut menikmati kenaikan gaji selaras pelaksanaan pelarasan gaji seperti diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim minggu lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Seramai 14,457 penjawat awam di Terengganu dijangka turut menikmati kenaikan gaji selaras dengan pelaksanaan pelarasan gaji seperti diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, pihaknya akan menggunakan formula sama seperti dilaksanakan kerajaan persekutuan.
Katanya, mereka menyambut baik langkah itu selepas kali terakhir penyelarasan gaji penjawat awam dilakukan pada 2012 lalu.
“Kali terakhir kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam kira-kira 13% diumumkan kerajaan pusat pada 2012.
“Kita akan melaksanakan penyelarasan gaji penjawat awam seperti diumumkan oleh Kerajaan Pusat,” katanya ketika dihubungi hari ini, menurut Harian Metro.
Pada 16 Ogos lalu, Anwar yang juga menteri kewangan mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15% kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
Beliau berkata pelarasan gaji sebanyak 7% kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) dengan pelaksanaan pemberian pelarasan gaji itu akan dilakukan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa Satu dan 1 Januari 2026 untuk Fasa Dua.
Mengenai implikasi kewangan yang akan dihadapi kerajaan negeri susulan penyelarasan gaji, Tengku Farok Hussin berkata, seluruh negeri akan menerima impak itu.
“Semua negeri berhadapan dengan implikasi kewangan, semua negeri akan menerima impak berikutan penyelarasan gaji penjawat awam,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM415,779.23
Ethereum (ETH) RM7,980.71
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,666.68
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.02
BUSD (BUSD) RM4.38
Cardano (ADA) RM3.12
Solana (SOL) RM652.82
Dogecoin (DOGE) RM0.785485
Polkadot (DOT) RM18.82
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM7,965.60
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM97.22