MOSCOW: Sekurang-kurangnya 53 terbunuh dalam konflik antara puak di wilayah Enga, Papua New Guinea, lapor Sputnik memetik media Australia.
Polis Papua New Guinea memaklumkan angka kematian boleh meningkat kepada 65, lapor penyiar ABC.
“Ini adalah (pembunuhan) terbesar yang pernah saya lihat di Enga, Papua New Guinea,” Pemangku Penguasa Diraja Papua New Guinea George Kakas dipetik sebagai berkata.
Pembunuhan beramai-ramai berkenaan membabitkan puak yang sama dengan lebih 60 terbunuh, tahun lalu.