Ajak PN sertai kerajaan perpaduan, Anwar diberitahu

0

Larry Sng berkata kerajaan Anwar Ibrahim perlu mempelawa Perikatan Nasional semula menyertai pentadbirannya demi kestabilan.

PETALING JAYA: Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng mencadangkan Anwar Ibrahim menjemput Perikatan Nasional (PN) menyertai kerajaan perpaduan berdasarkan keputusan PRN Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Julau itu berkata, ia mampu mengurangkan “politik identiti” merujuk pendekatan berdasarkan kaum, warganegara, agama, dan latar belakang.

PRN enam negeri menyaksikan keputusan status quo di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Bagaimanapun, PN berjaya melebarkan pengaruhnya di beberapa negeri khususnya Pulau Pinang dan Selangor apabila menang masing-masing 11 dan 22 DUN.

“Selepas PRN baru-baru ini, saya percaya kerajaan Madani harus menjemput semula PN ke dalam kerajaan perpaduan. Ia mampu mengurangkan politik identiti di Malaysia,” kata Sng di Facebook.

Sabtu lalu, gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) mengekalkan pentadbiran di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, sementara PN membentuk semula kerajaan di Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Keseluruhannya, PN berjaya menawan 146 daripada 245 DUN ditandingi, manakala PH-BN hanya menang 99 kerusi.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM414,279.08
Ethereum (ETH) RM7,936.85
Tether (USDT) RM4.36
BNB (BNB) RM2,628.18
USDC (USDC) RM4.36
XRP (XRP) RM9.99
BUSD (BUSD) RM4.33
Cardano (ADA) RM3.10
Solana (SOL) RM646.20
Dogecoin (DOGE) RM0.778083
Polkadot (DOT) RM18.59
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,934.32
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.36
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM96.07