7,103 kes tumpas, PPM buat rampasan RM210 juta setakat Okt

0

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata, pihaknya juga berjaya mengurangkan kes penculikan di Sabah dan sejak 2020 hingga kini, tiada lagi kes penculikan berlaku. (Gambar Bernama)
LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan kejayaan cemerlang menumpaskan 7,103 kes membabitkan nilai rampasan RM210 juta bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata kejayaan itu membabitkan rampasan dadah, rokok dan minuman keras, penyeludupan petrol dan diesel, serta hidupan liar darat dan laut.
“Bagi pihak pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kita masih mempertahankan bahawa Pasukan Polis Marin ini perlu berada di dalam PDRM, walaupun mungkin sebelum ini akan diletakkan di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun PPM ke-77 di Markas Operasi PPM Wilayah 4 Lahad Datu di sini, hari ini.
Razarudin berkata penganjuran sambutan ulang tahun tersebut di Sabah, menunjukkan PDRM sentiasa cakna ke atas negeri itu terutama kawasan Pantai Timurnya, berikutan banyak isu kemasukan pendatang.
Razarudin berkata pihaknya berjaya mengurangkan kes penculikan di Sabah dan bermula 2020 hingga kini, tiada lagi kes penculikan serta penculikan untuk tebusan (KFR) berlaku di negeri itu.
“Kita harap perkara ini terus dipantau dan diambil tindakan oleh PPM dan juga setiap agensi yang berada di sini di bawah Eastern Sabah Security Command (Esscom),” katanya.
Terdahulu, Razarudin dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sabah atas sokongan berterusan terhadap PPM, dalam memastikan keselamatan perairan khususnya di Pantai Timur negeri itu sentiasa terpelihara.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM409,771.95
Ethereum (ETH) RM7,726.83
Tether (USDT) RM4.39
BNB (BNB) RM2,638.28
USDC (USDC) RM4.39
XRP (XRP) RM9.57
BUSD (BUSD) RM4.39
Cardano (ADA) RM3.12
Solana (SOL) RM665.98
Dogecoin (DOGE) RM0.792399
Polkadot (DOT) RM18.71
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM7,719.37
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM96.87