PETALING JAYA: Kadar pengangguran meningkat 17.1% kepada lebih 600,000 orang pada Mac akibat kesan perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Jabatan Perangkaan hari ini.
PKP yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu untuk membendung penularan Covid-19, menyebabkan banyak sektor dan perkhidmatan ditutup sebelum sekatan dilonggarkan secara bersyarat minggu ini.
Ketua Perangkawan, Mohd Uzir Mahidin berkata, kira-kira 610,500 orang menganggur pada suku pertama 2020 berbanding 521,300 orang pada tempoh sama tahun lalu.
BERITA LANJUT MENYUSUL