5 direman berkait siasatan pengasas MYAirline

0

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Ramli Yoosuf berkata perintah reman diperoleh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis telah mendapatkan perintah reman terhadap lima individu bagi membantu siasatan ke atas pengasas bersama dan pemegang saham majoriti MYAirline Sdn Bhd, Goh Hwan Hua.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Yoosuf, berkata reman yang diperoleh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, turut melibatkan suspek yang juga seorang peguam kanan.

Peguam itu direman sehari manakala dua lagi suspek selama tiga hari dan suspek lain direman empat hari.

Semalam, polis menahan empat lagi individu sebagai sebahagian daripada siasatan berterusan ke atas Goh.

Ramli berkata, tiga individu berusia 30 hingga 48 tahun, ditahan kira-kira jam 1 tengah hari. Sementara itu, suspek keempat, seorang peguam, ditahan petang itu.

Dua daripada mereka yang ditahan adalah wanita berusia awal 30-an, dan bekerja untuk i-Serve Online Mall Sdn Bhd. Yang ketiga, lelaki berusia 48 tahun, menganggotai lembaga pengarah MYAirline.

Suspek keempat dipercayai peguam i-Serve. Lelaki berusia 62 tahun itu ditahan di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan dibawa ke Bukit Aman.

Penahanan mereka dibuat beberapa hari selepas polis menahan seorang lelaki berusia 40-an, yang merupakan pemegang saham dalam i-Serve.

Goh, bersama dua ahli keluarganya ditahan minggu lalu dan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Dia yang juga pemegang saham i-Serve, memiliki firma swasta Zillion Wealth dan Trillion Cove Holdings, yang masing-masing mempunyai kepentingan 88% dan 10%, dalam MYAirline.

Menurut Ramli, dua daripada mereka yang ditahan semalam turut terlibat dengan Trillion Cove Holdings, sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,348.32
Ethereum (ETH) RM7,789.32
Tether (USDT) RM4.39
BNB (BNB) RM2,660.42
USDC (USDC) RM4.39
XRP (XRP) RM9.62
BUSD (BUSD) RM4.38
Cardano (ADA) RM3.13
Solana (SOL) RM673.53
Dogecoin (DOGE) RM0.793558
Polkadot (DOT) RM18.75
Polygon (MATIC) RM1.08
Lido Staked Ether (STETH) RM7,774.52
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM97.88