470 individu dikompaun, 32 direman ingkar PKPP

0

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, 250 sekatan jalan raya diadakan di seluruh negara dalam Operasi Benteng semalam.

PETALING JAYA: Polis menahan 502 individu semalam atas kesalahan ingkar perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 470 individu dikompaun, manakala 32 pula direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP, termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (204), tidak memakai pelitup muka (99), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (63), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (55), rentas daerah/negeri PKPB tanpa kebenaran (40) dan lain-lain (41),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai Operasi Benteng, Ismail Sabri berkata, agensi penguat kuasa memberkas seramai 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong serta merampas 8 kenderaan darat menerusi 250 sekatan jalan raya yang dilaksanakan di seluruh negara.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan, terutamanya di lorong tikus,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM409,646.27
Ethereum (ETH) RM7,898.95
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,708.89
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.74
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM3.02
Solana (SOL) RM653.81
Dogecoin (DOGE) RM0.798621
Polkadot (DOT) RM17.81
Polygon (MATIC) RM0.972352
Lido Staked Ether (STETH) RM7,895.46
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM98.73