40 program UiTM ada potensi ditukar TVET penuh

0

UiTM mahu wujud kursus TVET berkualiti untuk disertai lepasan SPM yang cemerlang.

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang mengenal pasti beberapa program pengajian sedia ada untuk diperkasakan menjadi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sepenuhnya, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Raduan Che Rose.

Beliau berkata, inisiatif diketuai Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM Suzana Sulaiman itu setakat ini telah mengenal pasti kira-kira 40 program mempunyai unsur separa TVET serta mempunyai sukatan pelajaran teknikal yang berpotensi dijadikan TVET sepenuhnya.

“…ini antara usaha yang sedang kita lakukan di UiTM bagi memperkasakan bidang teknikal itu, seiring usaha mengarusperdanakan TVET negara yang dilaksanakan kerajaan.

“Langkah yang dilaksanakan UiTM juga bertujuan mewujudkan kursus TVET yang berkualiti untuk disertai oleh lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang ke arah menyediakan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ibadah Korban dan Akikah peringkat UiTM.

Raduan berkata, langkah itu juga bagi memastikan TVET tidak dilihat sebagai pilihan kedua sebaliknya setara dengan bidang akademik lain yang ditawarkan kepada lepasan sekolah menengah sebagaimana yang dihasratkan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Sebelum ini, Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa TVET Negara dilaporkan, berkata Malaysia perlu bergerak ke arah menjadikan bidang TVET sebagai pilihan utama lepasan sekolah menengah seiring keperluan negara dalam menyediakan lebih banyak tenaga kerja mahir atau berketerampilan bagi memenuhi keperluan sektor pekerjaan pada masa akan datang.

Raduan yang juga presiden Majlis Profesor Negara (MPN), berkata UiTM juga telah menubuhkan satu jawatankuasa dianggotai pakar akademik dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengenal pasti punca keciciran lebih 10,000 calon SPM 2023.

Beliau berkata, hal itu merupakan satu masalah kepada negara dan UiTM mengambil tanggungjawab mencari penyelesaian bersama pihak berkaitan demi memastikan masa depan kelompok pelajar berkenaan tidak terjejas.

Pada 27 Mei lalu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata KPM akan melaksanakan intervensi mengesan calon tercicir dan memberi peluang kepada mereka untuk mendaftar bagi menduduki SPM secara ulangan selepas sebanyak 10,160 daripada 383,685 calon SPM 2023 dilaporkan tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM409,646.27
Ethereum (ETH) RM7,898.95
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,708.89
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.74
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM3.02
Solana (SOL) RM653.81
Dogecoin (DOGE) RM0.798621
Polkadot (DOT) RM17.81
Polygon (MATIC) RM0.972352
Lido Staked Ether (STETH) RM7,895.46
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM98.73