36 ditahan disyaki terlibat persundalan seks bebas

Selain penahanan suspek, polis turut merampas pelbagai barangan, antaranya peralatan seks, komputer, wang tunai. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR: Sebanyak 36 individu, termasuk pelajar universiti dan penjawat awam, ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan persundalan seks bebas (swinger).
Sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak awal tahun ini, menawarkan servis langganan secara dalam talian melalui portal yang disyaki diurus masing-masing seorang lelaki warga tempatan dan Singapura.
Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Fadil Marsus berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan Selasa lepas di sebuah kondominium di Puchong, hasil risikan sejak Jun lepas oleh pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Beliau berkata, penahanan mereka hasil siasatan terhadap 34 individu berusia 19 hingga 41 tahun yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Mont Kiara, Ahad lepas.
Fadil Marsus.
Mereka terdiri daripada 14 lelaki dan 15 wanita tempatan, empat lelaki masing-masing warga Perancis, China, Republik Czech dan Nigeria serta seorang wanita Filipina.
“Ada dalam kalangan mereka penjawat awam dan pelajar institut pengajian tinggi.
“Kesemua mereka kini direman empat hari bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Fadil berkata, pihak polis turut merampas pelbagai barangan, antaranya peralatan seks, komputer, wang tunai.
Setakat ini, hasil siasatan melalui akaun keldai yang diwujudkan, sindiket ini mempunyai kira-kira 147,000 pelanggan.
“Kebanyakkan (pelanggan) rakyat Malaysia. Mereka yang ingin sertai, akan ditapis terlebih dahulu melalui sesi temuduga (menerusi panggilan video).
“Setelah lulus, baru datang dan sindiket akan maklumkan kepada peserta mengenai lokasi sehari sebelum acara dilakukan,” katanya.
Fadil berkata, setakat ini siasatan masih dijalankan di Kuala Lumpur dan tuduhan dicadang dibuat bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan(KK) kerana mempromosikan, menerbitkan dan menawarkan khidmat persundalan serta Seksyen 424 kanun sama kerana memberi orang lain menggunakan akaun bank.
Katanya, siasatan juga dilakukan bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melanggar kesopanan dan perbuatan kelucahan melampau, Seksyen 377A kerana melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dan Seksyen 292 kerana memiliki bahan lucah.
“Tuduhan akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.
Fadil berkata, dipercayai terdapat beberapa lagi platform yang digunakan bagi kegiatan seperti ini yang masih aktif dan pihaknya akan meneruskan operasi bagi membanteras kegiatan tidak bermoral.

Source link

Bukit Amanditahankanun keseksaanOPERASIpersundalanseks bebasskmmwarga asing
Comments (0)
Add Comment