3 kesan tikaman di dada, suri rumah ditemukan maut di rumah

0

Siasatan awal polis mendapati mangsa maut dengan terdapat tiga kesan tikaman di dada kiri berkedalaman antara 2 hingga 3cm. (Gambar IPD Melaka Tengah)

PETALING JAYA: Seorang suri rumah ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman di dada di dalam tandas rumahnya di Bukit Katil, Melaka, semalam.

Mayat mangsa, Tan See Jie, 34, dilaporkan ditemukan ibu saudaranya dalam keadaan berlumuran darah di rumah terletak di Taman Vista Kirana itu pada kira-kira 3.30 petang.

Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit berkata, mangsa ditemukan dengan sebilah pisau masih terpacak di dada kirinya.

“Siasatan awal mendapati mangsa maut dengan terdapat tiga kesan tikaman di dada kiri berkedalaman antara 2 hingga 3cm,” katanya, lapor Bernama.

Menurut Christopher, mangsa tinggal bersama ibu saudara dan anak lelakinya berusia 7 tahun, manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan.

Beliau berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati tiada sebarang pergerakan keluar masuk melalui pintu hadapan dan pintu belakang rumah itu.

Pemeriksaan di kawasan sekeliling dan dalam rumah juga mendapati tiada kesan geledah mahupun selerak, tambahnya.

“Setakat ini, tiada unsur-unsur jenayah dalam kejadian ini dan mayat diserahkan kepada Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat pada hari ini bagi mengetahui punca sebenar kematian,” kata Christopher.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM409,646.27
Ethereum (ETH) RM7,898.95
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,708.89
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.74
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM3.02
Solana (SOL) RM653.81
Dogecoin (DOGE) RM0.798621
Polkadot (DOT) RM17.81
Polygon (MATIC) RM0.972352
Lido Staked Ether (STETH) RM7,895.46
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM98.73