2 NGO gagal cabar penyahwartaan Bukit Cherakah

0

Hakim berkata keputusan menyahwartakan sebahagian daripada Bukit Cherakah adalah keputusan dasar oleh kerajaan Selangor dan bukan terletak bawah bidang kuasa mahkamah.
PUTRAJAYA: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) gagal dalam rayuan mereka untuk memperoleh kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan kerajaan Selangor menyahwartakan sebahagian daripada Bukit Cherakah sebagai hutan simpan.
Panel tiga hakim diketuai Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) dan Persatuan Hutan Komuniti Shah Alam (SACF).
Dalam keputusan sebulat suara mahkamah yang disampaikan secara dalam talian, Azizah berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf di sisi undang-undang apabila menolak permohonan kedua-dua NGO bagi mendapatkan perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor menyahwartakan status hutan simpan Bukit Cherakah.
Beliau berkata, permohonan kedua-dua NGO adalah di luar masa yang ditetapkan kerana bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, permohonan untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman perlu difailkan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh keputusan.
Azizah berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan pada 20 Nov 2000 untuk menyahwartakan sebahagian daripada hutan simpan Bukit Cherakah sebagai hutan simpan tetap dan diberi milik kepada sembilan syarikat namun permohonan kedua-dua NGO difailkan lebih 20 tahun kemudian.
Beliau berkata, keputusan untuk menyahwartakan sebahagian daripada hutan simpan itu adalah satu keputusan dasar oleh kerajaan negeri dan ia bukan terletak di bawah bidang kuasa mahkamah untuk memutuskan perkara yang membabitkan dasar.
Azizah berkata keputusan itu telah dibuat pada 20 Nov 2000 dan bukan 5 Mei 2022 sambil menambah pemakluman pewartaan bertarikh 5 Mei 2022 hanyalah untuk memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk menyahwartakan sebahagian daripada Bukit Cherakah.
Turut bersidang Azimah Omar dan Wong Kian Kheong.
Permohonan Peka dan SACF untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 17 Nov 2022.
Peka dan SACF memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman itu bagi mencabar keputusan kerajaan Selangor, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pengarah Jabatan Perhutanan Negeri serta Pejabat Daerah dan Tanah Petaling pada 5 Mei 2022 bagi menyahwartakan 406.22 hektar hutan simpan Bukit Cherakah.
Kedua-dua NGO mendakwa adalah menyalahi undang-undang untuk kerajaan Selangor mengundurkan tarikh sesuatu warta, memaklumkan satu keputusan telah dibuat ke atas penyahwartaan itu pada 20 Nov 2020.
Mereka menamakan kerajaan Selangor, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, YCH Development Sdn Bhd, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor and Restu Mantap Sdn Bhd selaku responden dalam semakan kehakiman itu.
Pada prosiding hari ini, peguam Pavita Loganathan hadir bagi pihak kedua-dua NGO manakala Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Khairul Nizam Abu Bakar mewakili kerajaan Selangor, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pengarah Jabatan Perhutanan Negeri serta Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.
Peguam Ng Ka Choon, R Ganapathi dan John Wong Yok Hon pula masing-masing mewakili YCH Development Sdn Bhd, PKNS dan Restu Mantap.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM414,130.74
Ethereum (ETH) RM7,878.73
Tether (USDT) RM4.36
BNB (BNB) RM2,621.37
USDC (USDC) RM4.36
XRP (XRP) RM9.73
BUSD (BUSD) RM4.33
Cardano (ADA) RM3.04
Solana (SOL) RM642.41
Dogecoin (DOGE) RM0.764051
Polkadot (DOT) RM18.02
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,872.71
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.36
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM94.20