2 maut kereta terbabas langgar lori

Keadaan di lokasi nahas di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang, Kuantan, malam tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Dua maut selepas kenderaan mereka terbabas dan melanggar belakang lori di bahu jalan Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang di Kuantan, semalam.

Pemandu kereta yang juga mekanik, Zulkifli Mohamad, 43, bersama penumpangnya, Mohd Hairul Azlin Samud, 39, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata nahas kira-kira 10 malam tadi itu berlaku ketika Proton Waja dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Gambang menghala Kuantan.

Menurutnya, setiba di di lokasi kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori Nissan yang diletakkan di bahu jalan.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menurut Sinar Harian sambil menambah mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat.

Beliau berkata, maklumat pemandu lori belum diperoleh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Source link

kemalangankeretaLorimaut
Comments (0)
Add Comment