2 maut kereta terbabas di Kuala Krai

0

Beberapa anggota bomba berada di lokasi kemalangan membabitkan seorang lelaki dan wanita yang maut selepas kereta dinaaiki terbabas dan terbalik di Kuala Krai petang tadi. (Gambar JBPM)
KUALA KRAI: Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, di sini, hari ini.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Duha Abd Halim, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 3.44 petang dan mengerahkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai ke lokasi kemalangan.
“Sebaik tiba di lokasi, terdapat sebuah kereta jenis Honda terbabas dan terbalik dengan mangsa lelaki tersepit dalam kenderaan itu manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita tercampak keluar dari kereta,” katanya dalam kenyataan.
“Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada 4.11 petang dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.
“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM413,524.82
Ethereum (ETH) RM7,876.52
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,662.61
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM9.94
BUSD (BUSD) RM4.34
Cardano (ADA) RM3.08
Solana (SOL) RM643.54
Dogecoin (DOGE) RM0.779611
Polkadot (DOT) RM18.78
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM7,875.38
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM95.95