2 lagi ditahan kes pemandu maut dipukul selepas nahas

0

Polis berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa positif methamphetamine dan ganja, selain mempunyai 10 rekod jenayah dadah.

Polis menahan dua lelaki berusia 23 dan 40 tahun di Kajang semalam.

PETALING JAYA: Dua lagi ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pemandu maut dipercayai dipukul di Kajang, menjadikan jumlah tangkapan tujuh orang setakat ini.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata dua lelaki berusia 23 dan 40 tahun itu ditahan di Kajang semalam.

Beliau turut mendedahkan mangsa mempunyai 10 rekod jenayah dadah dan dikehendaki polis Seremban berkaitan satu kesalahan dadah.

“Hasil bedah siasat mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan ganja,” katanya dalam sidang media di IPD di sini.

Menurutnya, pemeriksaan awal pakar patologi setakat ini menunjukkan tiada kecederaan jelas yang membawa kepada kematian mangsa, tetapi polis menyerahkannya kepada hospital untuk menentukan punca kematiannya.

Setakat ini, katanya, dua pemilik kereta membuat laporan berhubung kemalangan membabitkan mangsa 42 tahun itu.

Hussein menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan khabar angin berhubung kejadian itu yang boleh mengganggu keharmonian.

Kelmarin, Ketua Polis Kajang, Zaid Hassan dilaporkan berkata, kejadian pada Selasa itu dipercayai berpunca daripada kemalangan pertama berlaku dekat lokasi kejadian, di mana mangsa melarikan diri dan dikejar orang awam.

Siasatan awal mendapati Proton Saga dipandu mangsa terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan di Taman Pelangi Semenyih 2.

Katanya, saksi dilaporkan mendakwa ternampak mangsa ditarik keluar sekumpulan individu dan tangan diikat serta dipukul. Petugas perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,496.47
Ethereum (ETH) RM7,913.82
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,629.45
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.54
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.06
Solana (SOL) RM649.72
Dogecoin (DOGE) RM0.791421
Polkadot (DOT) RM18.06
Polygon (MATIC) RM1.07
Lido Staked Ether (STETH) RM7,902.71
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM97.50