2 hilang, seorang selamat, kereta terhumban Sungai Rajang

0

Anggota bomba berusaha mengesan kereta yang dipandu seorang lelaki yang terjunam ke Sungai Rajang. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Dua individu masih hilang, manakala seorang lagi dilaporkan selamat selepas kereta dinaiki mereka terhumban ke Sungai Rajang berhampiran Jeti Feri Tanjung Kunyit dekat Sibu awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sibu, Zulkipli Suhaili berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima kira-kira 2.03 pagi, dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam sudah diaktifkan.
“Mangsa pertama, lelaki berumur 38 tahun berjaya ditemui pada 7.30 pagi dan dibawa ke Hospital Sibu. Keadaan mangsa stabil, manakala usaha mengesan dua lagi mangsa masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Bernama.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak dalam kenyataan berkata, seorang daripada dua mangsa hilang itu dikenal pasti Philip Yiin Chung Leong, 61, sementara identiti seorang lagi mangsa hilang belum diperoleh.

Kenyataan itu menyebut lima anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Sentral digerakkan ke lokasi kejadian bagi menyertai SAR.
“Pencarian dilakukan dengan sebuah bot dan dibantu empat anggota polis marin dalam sebuah lagi bot bagi menjalankan pencarian di permukaan air.”

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM415,604.13
Ethereum (ETH) RM8,005.53
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,656.35
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.02
BUSD (BUSD) RM4.35
Cardano (ADA) RM3.12
Solana (SOL) RM652.25
Dogecoin (DOGE) RM0.783091
Polkadot (DOT) RM18.74
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM8,000.62
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM97.18