2 ditahan selepas 3 maut serangan bom di utara Thailand

0

Keadaan di Pameran Palang Merah 2024 di Daerah Umphang, Wilayah Tak selepas serangan bom pada lewat malam Jumaat. (Gambar AP/Umphang Rescue)
BANGKOK: Tiga maut dan sekurang-kurangnya 39 lagi cedera selepas bom dilemparkan ke arah orang ramai di Pameran Palang Merah 2024 di Daerah Umphang, Wilayah Tak, utara Thailand pada lewat malam Jumaat.
Bom yang dipercayai bahan letupan buatan sendiri itu meletup dekat pentas konsert ketika penonton sedang menyaksikan persembahan kira-kira 11.30 malam waktu tempatan.
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Susulan itu, Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra mengarahkan tindakan pantas untuk memburu pelakunya dan pihak berkuasa memberikan sokongan segera kepada mangsa cedera.
Jurucakap Pejabat Perdana Menteri, Jirayu Huangsub, berkata perdana menteri mengarahkan ketua polis negara dan agensi keselamatan tempatan mengutamakan penjagaan mangsa cedera, menjalankan siasatan menyeluruh dan mengerahkan sumber untuk mengumpul bukti serta menangkap pelaku dengan segera.
“Beliau turut mengarahkan polis, pegawai pentadbiran dan anggota keselamatan di seluruh negara meningkatkan langkah keselamatan di pameran itu sepanjang tempoh ini. Ini termasuk menjalankan pemeriksaan bahan berbahaya untuk memastikan keselamatan awam,” kata Jirayu dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, perdana menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa korban dan cedera.
“Beliau menugaskan agensi berkaitan membantu keluarga mangsa dari segi perbelanjaan perubatan dan pampasan kewangan kepada si mati, mengikut peraturan. Langkah ini akan dilaksanakan segera dengan laporan akan diserahkan kepada perdana menteri.”
Sementara itu, media tempatan melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Phumtham Wechayachai mengesahkan seorang suspek ditahan dan menolak kemungkinan ia keganasan atau aktiviti militan, tetapi mencadangkan insiden itu mungkin pertembungan antara kumpulan belia.
Polis di Wilayah Tak mengesahkan dua pemuda mempunyai kaitan dengan pengeboman itu ditahan untuk disoal siasat awal pagi tadi.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM412,904.74
Ethereum (ETH) RM7,844.79
Tether (USDT) RM4.36
BNB (BNB) RM2,626.65
USDC (USDC) RM4.36
XRP (XRP) RM9.73
BUSD (BUSD) RM4.33
Cardano (ADA) RM3.03
Solana (SOL) RM640.14
Dogecoin (DOGE) RM0.759413
Polkadot (DOT) RM17.89
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM7,834.75
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.36
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM94.02